Selepas filem Army of the Dead yang ditayangkan di Netflix, kini satu filem prekuel telah dihasilkan, dan diberi tajuk Army of Thieves, berkisarkan watak pakar pembuka peti besi berbangsa Jerman, Ludwig Dieter (lakonan Matthias Schweighöfer) yang merupakan antara watak penting dalam filem Army of the Dead. Saksikan teaser trailer filem Army of Thieves di bawah :



Berlatarkan 6 tahun sebelum kejadian dalam filem Army of the Dead, Army of Thieves mengisahkan yang hanya seorang petugas di sebuah bank di pekan kecil. Walau bagaimanapun, hidup Dieter berubah apabila dia direkrut oleh seorang wanita misteri untuk menyertai satu pasukan rompakan. 


Filem Army of Thieves diarahkan sendiri oleh Matthias Schweighöfer, berdasarkan kisah asal oleh Zack Snyder dan Shay Hatten. Selain Matthias Schweighöfer sendiri, Army of Thieves turut dibintangi oleh Nathalie Emmanuel, Ruby O. Fee, Stuart Martin, pelawak Guz Khan, dan Jonathan Cohen.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post