Laporan menyatakan yang tarikh tayangan filem Venom 3 telah ditangguhkan secara rasmi untuk filem ketiga dalam siri filem Spider-Man Universe oleh Sony Pictures.

Tarikh tayangan filem Venom 3 yang pada asalnya ditetapkan pada 12 Julai 2024, kini dijadualkan untuk tayangan pada 8 November 2024. Untuk rekod, filem Venom ditayangkan pada 5 Oktober 2018, manakala sekuel Venom: Let There Be Carnage ditayangkan pada 1 Oktober 2021.

Filem Venom 3 merupakan filem sulung arahan Kelly Marcel, yang sebelum ini menulis lakon layar untuk dua filem terdahulu. Filem ketiga ini sekali lagi akan menampilkan Tom Hardy sebagai Eddie Brock/ Venom.

Filem Venom 3 ini diterbitkan oleh Hardy dan Marcel; di mana Marcel menulis skrip daripada cerita yang diolah bersama dengan Hardy. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post