Selepas kejayaan filem The Super Mario Bros. pada tahun ini yang diterbitkan oleh Illumination, kini Nintendo telah mendedahkan pula yang filem live-action The Legend of Zelda kini sedang dalam pembikinan!

BERKAITAN: Review Filem The Super Mario Bros. Movie (2023) - Menghiburkan!

Dalam satu siaran media daripada Nintendo, telah diumumkan bahawa pembangunan akan bermula untuk penghasilan filem live-action The Legend of Zelda. Ianya akan diarahkan oleh Wes Ball, yang terkenal dengan filem arahannya seperti filem The Maze Runner, Maze Runner: The Scorch Trials, dan Maze Runner: The Death Cure.

Filem Legend of Zelda yang belum diberi judul akan diterbitkan oleh pencipta bersama siri dan Pengarah Perwakilan dan Felo Nintendo, Shigeru Miyamoto serta Pengerusi Arad Productions Inc., Avi Arad. Ia akan dibiayai bersama oleh Nintendo dan Sony Pictures Entertainment Inc., dengan siaran akhbar menyatakan bahawa Nintendo membiayai lebih 50% manakala Sony mengendalikan pengedaran di seluruh dunia. Siaran media berkenaan diakhiri dengan kenyataan berikut:

By getting deeply involved in the movie production with the aim to put smiles on everyone’s faces through entertainment, Nintendo will continue its efforts to produce unique entertainment and deliver it to as many people as possible.

Permainan video terbaru dalam line-up The Legend of Zelda yang dipasarkan ialah The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom, yang boleh dimainkan di konsol Nintendo Switch pada 12 Mei 2023 lalu. Ia bertindak sebagai sekuel kepada The Legend of Zelda: Breath of the Wild (2017), yang membawa francais ikonik Nintendo ke arah dunia permainan berkonsepkan open world


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post