Apa jadi jika seorang stuntman yang telah bersara terpaksa kembali bekerja dan dalam masa yang sama menyiasat suatu kes misteri?

Itulah premis filem The Fall Guy, filem terbaharu lakonan Ryan Gosling. Ianya mengisahkan watak Colt Seavers (lakonan Gosling), yang merupakan seorang stuntman yang telah bersara sejak setahun lalu untuk memfokuskan kepada kesihatan mental dan fizikalnya selepas bertahun-tahun terlibat dalam industri berkenan. Beliau sebelum ini terlibat dalam filem-filem dibarisi pelakon bertaraf bintang sebagai stunt double

Namun, apabila bintang filem utama (untuk filem terbaharu arahan bekas kekasihnya) didapati hilang, Colt cuba membantu dan menawarkan diri untuk menyiasat kehilangan berkenaan dan mengesan semula pelakon utama berkenaan. 

Diarahkan oleh David Leitch dan dibintangi oleh Ryan Gosling, Emily Blunt, Teresa Palmer, Aaron Taylor-Johnson, Winston Duke dan Hannah Waddingham, filem The Fall Guy dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 29 Februari 2024.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post