CEO Bersama DC Studios, James Gunn telah mendedahkan sama ada mogok WGA dan SAG-AFTRA akan menjejaskan tarikh tayangan filem Superman: Legacy ataupun tidak.

Dalam ciapan di akaun X rasminya, Gunn mendedahkan bahawa filem Superman: Legacy sememangnya akan dapat ditayangkan mengikut tarikh tayangan asalnya iaitu pada 11 Julai 2025. Ini sekaligus bermakna filem DC Universe itu tidak akan ditangguhkan akibat daripada mogok berkenaan.

Berikut adalah ciapan James Gunn berkenaan:

Berikut adalah sinopsis rasmi filem Superman: Legacy;

Superman: Legacy tells the story of Superman’s journey to reconcile his Kryptonian heritage with his human upbringing as Clark Kent of Smallville, Kansas. He is the embodiment of truth, justice and the American way, guided by human kindness in a world that sees kindness as old-fashioned.

Watak utama dalam filem Superman: Legacy dilakonkan oleh David Corenswet, manakala watak Lois Lane akan dilakonkan oleh Rachel Brosnahan. 

Filem Superman: Legacy dijadualkan untuk tayangan pada 11 Julai 2025.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post