Marvel Studios nampaknya sudah mendedahkan waktu tayangan rasmi filem terbaharu mereka. iaitu The Marvels

Satu senarai kemaskini yang dikongsikan telah menyatakan yang waktu tayangan rasmi filem superhero terbaharu lakonan Brie Larson berkenaan adalah 1 jam 45 minit. Ini sekaligus menjadikan filem berkenaan sebagai filem paling pendek dalam francais filem MCU. Rekod berkenaan sebelum ini dipegang oleh filem The Incredible Hulk (2008) dan filem Thor: The Dark World (2013) dengan waktu tayangan rasmi 112 minit. 

BERKAITAN: Marvel Studios Perlihatkan Treler Filem The Marvels, Bakal Ditayangkan November Ini

Filem The Marvels berhadapan cabaran yang bukan sedikit. Dengan filem MCU di tahun 2023 ini iaitu Ant-Man and the Wasp: Quantumania yang menerima sambutan biasa sahaja (walaupun diselamatkan oleh filem Guardians of the Galaxy Vol. 3), dan penerimaan siri Disney+ Secret Invasion yang juga menerima kritikan bercampur baur, nampaknya subjek superhero fatigue kembali menjadi sebutan, dengan rata-rata penonton menyatakan terlalu banyak lambakan filem dan siri TV berkisarkan superhero menyebabkan jalan cerita yang mendatar dan boleh dijangka. 

Menurut pengarah filem The Marvels, Nia Da Costa, beliau juga tidak menafikan perkara berkenaan, namun menambah;

I think superhero fatigue absolutely exists. The biggest difference from the other MCU movies to date is that it’s really wacky and silly. The worlds we go to in this movie are worlds, unlike others you’ve seen in the MCU. Bright worlds that you haven’t seen before.

Sinopsis rasmi filem The Marvels adalah seperti berikut:

Carol Danvers aka Captain Marvel has reclaimed her identity from the tyrannical Kree and taken revenge on the Supreme Intelligence. But unintended consequences see Carol shouldering the burden of a destabilized universe. When her duties send her to an anomalous wormhole linked to a Kree revolutionary, her powers become entangled with that of Jersey City super-fan, Kamala Khan aka Ms. Marvel, and Carol’s estranged niece Captain Monica Rambeau. Together, this unlikely trio must team up and learn to work in concert to save the universe as The Marvels.

Filem The Marvels dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 9 November 2023 ini.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post