Marvel Studios telah memperlihatkan treler terbaharu filem The Marvels, yang akan ditayangkan di pawagam pada Disember ini.

Saksikan treler filem The Marvels di bawah:

Marvel Studios turut memperlihatkan poster rasmi filem The Marvels. Poster yang menampilkan gambar tiga watak utama filem berkenaan (Captain Marvel, Ms. Marvel dan Photon) itu turut menampilkan Nick Fury, yang merupakan sekutu utama Carol Danvers. Dalam filem The Marvels ini, Fury kelihatan kembali kepada penampilan asalnya, berbeza dengan penampilkan dalam siri Disney+ Secret Invasion yang sedang ditayangkan ketika ini.


Filem The Marvels yang merupakan filem ketiga dalam MCU Fasa 5 (selepas Ant-Man and the Wasp: Quantumania dan Guardians of the Galaxy Vol. 3) merupakan filem sambungan kepada filem Captain Marvel (2019) dan siri Disney+ Ms. Marvel (2022).

BERKAITAN: Review Siri Disney+ Ms. Marvel (2022) Musim 1

Sinopsis rasmi filem The Marvels adalah seperti berikut:

In Marvel Studios’ The Marvels, Carol Danvers aka Captain Marvel has reclaimed her identity from the tyrannical Kree and taken revenge on the Supreme Intelligence. But unintended consequences see Carol shouldering the burden of a destabilized universe. When her duties send her to an anomalous wormhole linked to a Kree revolutionary, her powers become entangled with that of Jersey City super-fan Kamala Khan, aka Ms. Marvel, and Carol’s estranged niece, now S.A.B.E.R. astronaut Captain Monica Rambeau. Together, this unlikely trio must team up and learn to work in concert to save the universe as ‘The Marvels'.

Diarahkan oleh Nia DaCosta, filem The Marvels dijadualkan untuk tayangan di pawagan pada 10 November 2023 ini.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post