Apple Original Films telah memperlihatkan poster filem Killers of the Flower Moon, filem terbaharu arahan pengarah filem tersohor Martin Scorsese.

Filem Killers of the Flower Moon dijadualkan untuk tayangan di pawagam mulai 20 Oktober 2023 ini dengan kerjasama Paramount Pictures sebelum distrim ke seluruh dunia di Apple TV+.

Filem Killers of the Flower Moon telah menjalani proses digitally re-mastered kepada kualiti imej dan bunyi IMAX Experience® dengan teknologi proprietary IMAX DMR® (Digital Re-mastering). Gambar yang jelas, ditambah dengan geometri pawagam IMAX yang tersendiri dan audio digital yang berkuasa, menghasilkan persekitaran unik yang akan membuatkan penonton berasa seolah-olah mereka berada dalam filem itu sendiri!

Filem Killers of the Flower Moon telah ditayangkan awal tahun ini di acara Festival Filem Cannes ke-76, dan menerima pujian dan standing ovation daripada pengkritik filem.

BERKAITAN: Treler Filem Killers of the Flower Moon Diperlihatkan, Bakal Ditayangkan Oktober Ini

Filem Killers of the Flower Moon dibintangi pelakon seperti Leonardo DiCaprio, Robert De Niro, Lily Gladstone, Jesse Plemons, Cara Jade Myers, JaNae Collins, Jillian Dion dan Tantoo Cardinal, berdasarkan novel paling laris karya David Grann.

Diarahkan oleh Martin Scorsese, filem Killers of the Flower Moon dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 20 Oktober 2023 ini, sebelum distrim di seluruh dunia di Apple TV+.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post