Warner Bros. Pictures telah memperlihatkan treler rasmi kedua dan terakhir untuk filem terbaharu mereka (yang masih bernaung bawah payung DCEU) iaitu Blue Beetle.

Saksikan treler akhir rasmi filem Blue Beetle di bawah:

Filem Blue Beetle diarahkan oleh Angel Manuel Soto, menampilkan Xolo Maridueña sebagai Jaime Reyes, dan buat pertama kalinya menampilkan watak berketurunan Mexico-Amerika dalam filem superhero DC, selain turut menampilkan Adriana Barraza, Damián Alcázar, Raoul Max Trujillo, Susan Sarandon dan George Lopez.

BERKAITAN: James Gunn Kongsikan Poster Filem Blue Beetle, Bakal Ditayangkan 2023

Sinopsis filem Blue Beetle adalah seperti berikut:

Recent college grad Jaime Reyes returns home full of aspirations for his future, only to find that home is not quite as he left it,” the official synopsis for Blue Beetle reads. “As he searches to find his purpose in the world, fate intervenes when Jaime unexpectedly finds himself in possession of an ancient relic of alien biotechnology: the Scarab. When the Scarab suddenly chooses Jaime to be its symbiotic host, he is bestowed with an incredible suit of armor capable of extraordinary and unpredictable powers, forever changing his destiny as he becomes the Super Hero BLUE BEETLE.

Filem Blue Bettle mengetengahkan individu ketiga dari komik yang menggunakan nama superhero Blue Beetle, iaitu Jaime Reyes, seorang remaja berbangsa Amerika-Mexico yang berasal dari El Paso yang menemui kumbang alien, yang 'melekapkan' dirinya di tulang belakang Reyes, dan memberikan keupayaan kepada beliau untuk menggunakan sut unik yang boleh memberikan kuasa luar biasa dan menghasilkan senjata canggih mengikut kehendak hosnya. 

Filem Blue Beetle dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 18 Ogos 2023 ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post