Informasi terbaharu berkaitan pelakon yang membarisi filem pertama bawah payung DC Universe (DCU), iaitu Superman: Legacy kini diumumkan!

Menurut laporan oleh Variety, Nathan Fillion akan melakonkan watak Green Lantern (versi Guy Gardner dan bukannya Hal Jordan) dalam filem pertama arahan James Gunn selepas mengetuai DC Studios. Selain itu, turut diumumkan adalah pelakon filem Dora and the Lost City of Gold, Isabela Merced yang akan melakonkan watak Hawkgirl, manakala bintang filem X-Men: First Class, Edi Gathegi akan melakonkan watak Mister Terrific.

Fillion, Merced dan Gathegi kini menyertai barisan pelakon filem Superman: Legacy yang sebelum ini telahpun menyenaraikan David Corenswet (sebagai Kal-El/ Clark Kent/ Superman) dan Rachel Brosnahan (sebagai Lois Lane).

BERKAITAN: Review Filem The Suicide Squad (2021) - Filem DC Dengan Vibe Filem Marvel

Untuk rekod, Fillion sebelum ini pernah tampil dalam satu lagi filem arahan James Gunn untuk DC, iaitu filem The Suicide Squad (2021) sebagai The Detachable Kid (T.D.K.).. Menariknya, pemilihan Fillion bukanlah asing untuk watak Green Lantern, kerana sebelum ini beliau juga meminjam suara untuk watak Hal Jordan/ Green Lantern dalam beberapa filem animasi DC.

Filem Superman: Legacy dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 11 Julai 2025.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post