Hari ini, Disney+ Hotstar telah mendedahkan treler baharu beserta gambar key art untuk siri Disney+ Star Wars: Ahsoka, selain turut mengumumkan yang dua episod pertama siri terbaharu Star Wars berkenaan akan ditayangkan mulai 23 Ogos 2023 ini melalui saluran penstriman Disney+ Hotstar.

BERKAITAN: Siri Star Wars: Ahsoka Bakal Mulakan Tayangan Di Disney+ Hotstar Pada Ogos Ini!

Selain itu, turut boleh ditonton adalah featurette "Journey to Ahsoka" untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan siri berkenaan daripada pencipta siri dan juga barisan pelakon. 

Berlatarkan kejadian selepas kejatuhan Empire, siri Star Wars: Ahsoka menelusuri perjalanan bekas kesatria Jedi, Ahsoka Tano dalam usahanya menyiasat entiti baharu yang ingin menggugat galaksi.

Selain Rosario Dawson yang melakonkan watak utama sebagai Ahsoka Tano, pelakon lain yang membarisi siri Star Wars: Ahsoka adalah seperti Natasha Liu Bordizzo (sebagai Sabine Wren), Mary Elizabeth Winstead (sebagai Hera Syndulla), Ray Stevenson (sebagai Baylan Skoll), Ivanna Sakhno (sebagai Shin Hati), Diana Lee Inosanto (sebagai Morgan Elsbeth), David Tennant (sebagai Huyang), Lars Mikkelsen (sebagai Grand Admiral Thrawn) dan Eman Esfandi (sebagai Ezra Bridger). 

Siri Star Wars: Ahsoka dijadualkan untuk tayangan di Disney+ Hotstar pada 23 Ogos 2023 ini. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post