Hari ini, Disney+ Hotstar telah mengumumkan 23 Ogos 2023 sebagai tarikh tayangan perdana untuk siri terbaharu mereka, iaitu Star Wars: Ahsoka. Untuk meraikan tayangan siri terbaharu berkenaan, Disney+ Hotstar turut melancarkan TV spot dan memperlihatkan tiga gambar terbaharu dari siri berkenaan. 

  

Berlatarkan keadaan selepas kejatuhan Empire, siri Star Wars: Ahsoka menelusuri perjalanan bekas kesatria Jedi, Ahsoka Tano dalam usahanya menyiasat entiti baharu yang ingin menggugat galaksi.


Selain Rosario Dawson yang melakonkan watak utama sebagai Ahsoka Tano, pelakon lain yang membarisi siri Star Wars: Ahsoka adalah seperti Natasha Liu Bordizzo (sebagai Sabine Wren), Mary Elizabeth Winstead (sebagai Hera Syndulla), Ray Stevenson (sebagai Baylan Skoll), Ivanna Sakhno (sebaagai Shin Hati), Diana Lee Inosanto (sebagai Morgan Elsbeth), David Tennant (sebagai Huyang), Lars Mikkelsen (sebagai Grand Admiral Thrawn) dan Eman Esfandi (sebagai Ezra Bridger). 

Siri Star Wars: Ahsoka dijadualkan untuk tayangan di Disney+ Hotstar pada 23 Ogos 2023 ini. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post