Selepas gambar rasmi pertama Hugh Jackman mengenakan sut kuning ikonik Wolverine di set penggambaran Deadpool 3 'dibocorkan' Ryan Reynolds di media sosial peribadinya, kini beberapa keping gambar terbaharu dari set penggambaran filem Deadpool 3 telahpun dikongsikan, memperlihatkan pandangan lebih jelas tentang kemungkinan garis masa filem Deadpool 3 berkenaan.



Dari gambar-gambar yang dikongsikan, kelihatannya seperti Wolverine sedang `membelasah' Deadpool di sebuah kawasan lapang, yang kelihatan seperti The Void dari siri Disney+ Loki.

Gambar belakang tabir berkenaan turut memperlihatkan logo raksasa 20th Century Fox, memberikan bayangan terhadap 'usikan' berkaitan pengambil alihan 20th Century Fox oleh Disney. Ianya juga mungkin merupakan cara Marvel mengumumkan kemasukan rasmi Deadpool ke dalam MCU.

Filem Deadpool 3 kembali menampilkan Ryan Reynolds sebagai Wade Wilson/ Deadpool, selain turut menampilkan Leslie Uggams (sebagai Blind Al), Morena Baccarin (sebagai Vanessa), Rob Delaney (sebagai Peter), Stefan Kapicic (sebagai Colossus), Karan Soni (sebagai Dopinder), Brianna Hildebrand (sebagai Negasonic Teenage Warhead) dan Shioli Kutsuna (sebagai Yukio).

Selain itu, turut disahkan sebelum ini adalah penampilan semula Hugh Jackman yang menyambung wataknya sebagai Logan/ Wolverine, yang kali terakhir dilakonkannya dalam filem Logan (2017), selain Jennifer Garner yang disahkan akan tampil semula sebagai Elektra.

Dua filem Deadpool terdahulu mencatatkan rekod kutipan keseluruhan sebanyak lebih USD1.5 bilion di seluruh dunia. 

Filem Deadpool 3 diarahkan oleh Shawn Levy, dan dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 8 November 2024.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post