CEO Bersama DC Studios, James Gunn baharu sahaja membentangkan pelan besar untuk DC Universe, dikenali sebagai DC Universe Chapter One: Gods and Monsters. Projek melibatkan penghasilan filem dan siri TV itu akan ditayangkan antara tahun 2025 hingga 2027.

Berikut adalah senarai projek-projek filem dan siri TV yang telah diumumkan untuk DC Universe Chapter One: Gods and Monsters iaitu:

1) Creature Commandos

Siri animasi berkisar sekumpulan makhluk aneh, termasuklah Weasel yang sebelum ini muncul dalam filem The Suicide Squad (2021) arahan James Gunn. Siri ini akan ditulis sendiri oleh Gunn.

2) Waller

Siri live-action ini mengisahkan tentang watak Amanda Waller (lakonan Viola Davis) yang mengetuai Task Force X (atau Suicide Squad). 

3) Superman: Legacy

Dijadualkan untuk tayangan pada 11 Julai 2025, namun masih belum punyai pengarah. Menurut Peter Safran, filem ini merupakan “permulaan kepada DCU… Ianya bukanlah origin story, tetapi memfokuskan kepada Superman yang ingin menyeimbangkan asal usul 'Krypton'nya dengan kehidupannya sebagai manusia di Bumi.

4) Lanterns

Siri Green Lantern terbitan Greg Berlanti nampaknya sudahpun 'bungkus', dan digantikan dengan siri live-action bertajuk Lanterns. Ianya akan ditayangkan di saluran HBO Max, menampilkan dua watak Green Lantern iaitu Hal Jordan dan John Stewart.

5) The Authority

Berdasarkan komik Wildstorm karya Warren Ellis dan Bryan Hitch. Ianya merupakan pasukan antihero yang mengambil tindakan sendiri untuk berhadapan dengan ancaman yang lebih besar. 

6) Paradise Lost

Siri live-action terbaharu di HBO Max, merupakan siri prekuel yang menelusuri asal usul Themyscira, pusat ketamadunan bangsa Amazon sebelum kelahiran Diana/ Wonder Woman.

7) The Brave and the Bold

The Brave and the Bold merupakan filem DCU khusus untuk watak Batman dan Robin (versi Damien Wayne, yang merupakan anak Bruce Wayne bersama Talia al Ghul), dari panel komik karya Grant Morrison. Filem The Batman 2 arahan Matt Reeves (dilakonkan Robert Pattinson) masih dalam pembikinan dan akan berdiri sebagai filem sendiri di luar DCU.  

8) Booster Gold

Watak superhero dari masa depan tersebut akan dihasilkan dalam bentuk siri live-action di saluran HBO Max. 

9) Supergirl 

Filem Supergirl: Woman of Tomorrow berdasarkan siri komik Tom King yang diterbitkan pada tahun lepas. Filem ini dikatakan mengisahkan tentang “Supergirl who was raised on a rock, a chip off Krypton, and watched everyone around her die and be killed in terrible ways for the first 14 years of her life, and then came to Earth when she was a young girl. She’s much more hardcore, she’s not exactly the Supergirl we’re use to seeing

10) Swamp Thing

Filem Swamp Thing berdasarkan watak klasik komik DC, dilaporkan akan menyiasat kejadian aneh menyelubungi sejarah watak tersebut, yang akan berlainan sama sekali dengan lain-lain komik DC.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post