James Mangold, yang mengarahkan filem Logan (2017), kini dikhabarkan dalam perbincangan untuk mengarahkan filem untuk DC Studiois, iaitu Swamp Thing — yang merupakan filem terakhir dalam siri  penerbitan DC Universe Chapter One: Gods and Monsters yang baharu sahaja diumumkan.

Seperti mana dilaporkan portal Variety, Mangold merupakan pilihan utama untuk mengarahkan filem Swamp Thing memandangkan beliau sendiri merupakan peminat tegar watak-watak komik DC, dan telahpun berbincang dengan CEO bersama DC Studios, Peter Safran dan James Gunn untuk menghasilkan filem tersebut, Tambahan pula, satu tweet dari Mangold yang kemudiannya diretweet oleh Gunn turut selah-olah mengesahkan perkara tersebut.

Selain Swamp Thing, turut disenaraikan dalam DC Universe Chapter One: Gods and Monsters adalah filem memfokuskan Batman dan Robin diberi tajuk The Brave and the Bold, filem Supergirl: Woman of Tomorrow dan beberapa siri TV.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post