Satu poster baharu filem Fast X telah diperlihatkan, menampilkan watak Dominic Toretto lakonan Vin Diesel, beserta caption tertulis “The end of the road begins”.

Saksikan poster filem Fast X di bawah:

BERKAITAN: Pengarah Transporter Dipilih Sebagai Pengganti Justin Lin Untuk Mengarahkan Filem Fast X

Filem Fast X diarahkan oleh pengarah filem Transporter, Louis Leterrier, yang mengambil alih kerusi pengarah selepas Justin Lin menarik diri secara mengejut akibat perbezaan kreativiti. Walau bagaimanapun, Lin kekal sebagai penerbit untuk filem ini. 

Barisan pelakon filem-filem terdahulu seperti Vin Diesel, Tyrese Gibson, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Ludacris, Nathalie Emmanuel, Sung Kang, dan Scott Eastwood akan kembali menyambung watak-watak mereka sebelum ini. Filem kesepuluh dalam francais filem Fast & Furious itu akan menampilkan barisan pelakon tambahan seperti Jason Momoa, Daniela Melchior, Brie Larson, and Alan Ritchson.

Trailer filem Fast X dijangka akan diperlihatkan pada 10 Februari ini, dengan tayangan di pawagam dijadualkan pada 19 Mei 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post