CEO Bersama DC Studios, James Gunn telah mendedahkan pelan untuk penampilan Batman dalam DC Universe (DCU), yang akan diperkenalkan dalam satu filem bertajuk The Brave and the Bold.

Pendedahan itu diumumkan Gunn yang menyatakan bukan sahaja Batman versi DC Universe (DCU) akan diperkenalkan dalam filem itu nanti, ianya juga akan menampilkan watak Robin. Watak Robin yang akan ditampilkan adalah Damian Wayne, iaitu anak kepada Bruce Wayne dan Robin kelima dalam komik. Pengumuman ini turut mengesahkan yang Bruce Wayne/ Batman untuk film ini bukanlah dilakonkan Robert Pattinson, yang akan terus melakonkan watak tersebut untuk siri filem solo Batman.

Memetik kenyataan dari James Gunn;

This is the introduction of the DCU Batman. Of Bruce Wayne and also introduces our favorite Robin, Damian Wayne, who is a little son of a bitch. It’s a very strange father-and-son story.

Filem The Brave and the Bold adalah berdasarkan siri karya Grant Morrison, memperkenalkan watak anak Bruce Wayne, yang terlatih sebagai pembunuh upahan dan menjadi Robin untuk berganding bahu dengan baoanya dalam hubungan bapa-anak yang kompleks. Gunn turut menyatakan yang filem The Brave and the Bold merupakan “the beginning of sort of the Bat-Family in the DCU.”


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post