Harrison Ford nampaknya telah memberikan bayangan untuk `bersara´ dari watak Indiana Jones selepas filem kelima, Indiana Jones and the Dial of Destiny.

Ketika ditemubual portal Variety, Ford ditanya oleh wartawan tentang keputusannya untuk kembali melakonkan watak ahli arkeologi ikonik yang turut menaikkan namanya itu. Selain teruja untuk melihat sejauh mana kisah Indiana Jones dapat dikembangkan, beliau turut menyatakan;

I always wanted to do it, I wanted to do the rest of the story to see the end of his career.

Selain itu, Ford turut memberikan kenyataan berikut apabila ditanya tentang sampai bilakah beliau akan melakonkan watak Indy. Tambahnya;

It’s the last time for me.

BERKAITAN: Trailer Filem Indiana Jones and the Dial of Destiny Diperlihatkan, Bakal Ditayang Jun 2023

Pengumuman Ford tidaklah mengejutkan, memandangkan beliau sendiri sudahpun mencecah umur 80 tahun. Filem kelima ini sudah tentunya merupakan satu tribute dan send-off terakhir untuk watak ikonik tersebut.

Selain Harrison Ford, filem Indiana Jones and the Dial of Destiny turut dibintangi Phoebe Waller-Bridge, Antonio Banderas, Mads Mikkelsen, Thomas Kretschmann, Boyd Holbrook dan Shaunette RenĆ©e Wilson.

BERKAITAN: Gambar Terbaharu Filem Indiana Jones 5 Diperlihatkan

Filem Indiana Jones and the Dial of Destiny diarahkan oleh James Mangold, yang mengambil alih kerusi pengarah pada tahun lepas selepas dikosongkan oleh Steven Spielberg. Namun begitu, Spielberg kekal sebagai salah seorang penerbit untuk filem tersebut. 

Filem Indiana Jones and the Dial of Destiny dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 30 Jun 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post