Paramount Pictures telah mengumumkan tarikh tayangan untuk filem Gladiator 2, yang merupakan sambungan filem Gladiator (2000) arahan Ridley Scott.

BERKAITAN: Russell Crowe Kongsikan Perincian Terbaharu Filem Gladiator 2

Filem Gladiator 2 diterajui oleh Paul Mescal, dan dijadualkan untuk tayangan pada 22 November 2024. Ianya akan mengambil latar kejadian selepas filem terdahulu, di mana Mescal dilaporkan akan melakonkan watak Lucius, anak kepada watak Lucilla (lakonan sebelum ini oleh Connie Nelson).

Filem Gladiator 2 akan diarahkan oleh Ridley Scott, yang baharu sahaja selesai mengarahkan filem Napoleon dibintangi Joaquin Phoenix (yang sebelum ini turut tampil dalam filem Gladiator). 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post