Masih belum banyak didedahkan tentang sambungan kepada filem Gladiator (2000) arahan Ridley Scott, namun dalam satu temuramah terbaharu, aktor Russell Crowe telah berkongsikan sedikit pencerahan tentang filem berkenaan.

Dalam temuramah di satu rancangan radio Australia iaitu Fitzy and Wippa, Crowe ditanya adakah watak lakonannya akan muncul semula dalam filem Gladiator 2. Menurut Crowe;

Not at all. So, I know roughly how [Scott]’s shaping the story. But yeah, you remember, there was a young kid who wanted to beat the Gladiator? Which leads to the ‘My name is’ speech. So that young kid has grown up, and he’s now the Emperor … I don’t know what else happens at that point, but that’s the idea.

Walaupun ramai peminay filem terdahulu mahukan Crowe kembali dalam filem Gladiator 2 ini, ianya sudah tentulah mustahil memandangkan watak lakonannya, iaitu Maximus Decimus Meridius menemui ajal di penghujung filem tersebut. 

Menurut laporan oleh portal Deadline, filem Gladiator 2 dilaporkan akan ditunjangi oleh aktor Paul Mescal, dan akan mengambil latar kejadian selepas filem terdahulu. Mescal dilaporkan akan melakonkan watak Lucius, anak kepada watak Lucilla (lakonan Connie Nelson).

Filem Gladiator 2 akan kembali diarahkan oleh Ridley Scott, namun masih belum diberikan tajuk rasmi. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post