Trailer terbaharu filem Shazam! Fury of the Gods akhirnya diperlihatkan, memberikan gambaran lebih jelas tentang filem terbaharu DC Studios berkenaan. 

Saksikan trailer terbaharu filem Shazam! Fury of the Gods di bawah:

BERKAITAN: Poster Baharu Filem Shazam! Fury of the Gods Diperlihatkan

Shazam! Fury of the Gods akan menampilkan kembali Asher Angel dan Zachary Levi sebagai Billy Batson/ Shazam, selain barisan pelakon seperti Jack Dylan Grazer dan Adam Brody sebagai Freddy; Faithe Herman dan Meagan Good sebagai Darla; Ian Chen dan Ross Bulter sebagai Eugene; Grace Fulton sebagai Mary; Jovan Arman dan D.J. Cotrona sebagai Pedro; Marta Milans dan Cooper Andrews.

Selepas mengalahkan Dr. Sivana dalam filem Shazam (2019), filem Shazam! Fury of the Gods ini akan menyaksikan penampilan musuh dan ancaman baharu kepada keluarga Shazam, dan akan memperkenalkan watak anak-anak perempuan dewa Atlas iaitu Hespera dan Kalypso, yang akan dilakonkan oleh Helen Mirren dan Lucy Liu.

Shazam! Fury of the Gods diarahkan oleh David F. Sandberg, dan dijadualkan untuk tayangan pada 17 Mac 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post