Hanya dalam tempoh lebih kurang dua bulan sahaja lagi sebelum filem The Super Mario Bros. Movie akan menemui penonton di pawagam, secara tepatnya pada 7 April 2023. Terbaharu, Nintendo dan Illumination telah mendedahkan poster rasmi untuk filem berasaskan permainan video terkenal tersebut.

Saksikan poster rasmi filem The Super Mario Bros. Movie di bawah:

Poster terbaharu tersebut memperlihatkan watak-watak yang akan tampil dalam filem The Super Mario Bros. Movie seperti Toad, Magic Koopa, Princess Peach, Mario, Luigi, Donkey Kong, dan Bowser, berlatarkan Mushroom Kingdom dan istana Bowser.

Filem The Super Mario Bros. Movie dibintangi pelakon seperti Chris Pratt (sebagai Mario), Anya Taylor-Joy (sebagai Princess Peach), Charlie Day (sebagai Luigi), Jack Black (sebagai Bowser), Keegan-Michael Key (sebagai Toad), Seth Rogen (sebagai Donkey Kong), Fred Armisen (sebagai Cranky Kong), Kevin Michael Richardson (sebagai Kamek) dan Sebastian Maniscalco (sebagai Spike).

Filem The Super Mario Bros. Movie diarahkan oleh Aaron Horvath dan Michael Jelenic, dan djadualkan untuk tayangan pada 7 April 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post