Penerbit legenda, Jerry Bruckheimer pada awal tahun ini telah memberikan bayangan yang filem National Treasure 3 bakal dihasilkan dan skripnya sedang ditulis. Dan kini, beliau memberikan perkembangan terbaharu buat peminat filem tersebut.

BERKAITAN: Filem National Treasure 3 Bakal Dihasilkan?

Ketika bercakap dengan E! News baru-baru ini, Bruckheimer ada menyebutkan yang mereka masih akan menghasilkan filem baharu National Treasure, dan menyatakan yang Nicolas Cage akan terlibat dalam projek tersebut. Menurut beliau:

We said we’d like to make another National Treasure and they said, ‘Sure, let’s come up with a new cast". At the same time, we were developing National Treasure for the theaters with Nicolas Cage — which we still are. So, that’s ongoing.

Bruckheimer sebelum ini turut ada menyatakan yang dia dan Cage turut bersama-sama menyiapkan skrip filem ketiga itu. Penghasilan filem National Treasure 3 tentunya amat dinantikan peminat siri filem tersebut, yang kali terakhir dihasilkan adalah filem National Treasure: Book of Secrets (2007), yang mencatatkan kutipan keseluruhan lebih USD450 juta di seluruh dunia. 

BERKAITAN: Disney+ Akan Menayangkan Siri Terbaharu Berdasarkan Filem National Treasure

Buat masa ini, peminat boleh menyaksikan siri TV di saluran Disney+ iaitu National Treasure: Edge of History, yang mengambil latar dunia yang sama dengan kedua-dua filem sebelum ini. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post