Filem National Treasure 3 bakal dihasilkan?

Itulah yang dimaklumkan oleh produser, Jerry Bruckheimer dalam satu sesi perbualan di laman Reddit, dan ditanya tentang kerjasamanya bersama Nicolas Cage untuk filem ketiga National Treasure. Menurut beliau:

“Absolutely. I love Nicolas, he’s a brilliant actor and we are currently working on a script for National Treasure."

Sekiranya Bruckheimer berjaya menghasilkan filem ketiga ini, ini menandakan sambutan terhadap sambungan filem National Treasure itu masih mempunyai peminatnya tersendiri. Tambahan lagi, satu siri Disney+ yang berkaitan dengan filem National Treasure turut akan dihasilkan yang mempunyai kaitan langsung dengan dua filemnya terdahulu. Filem kedua dan terakhir (buat masa ini), iaitu National Treasure: Book of Secrets telah ditayangkan pada tahun 2007 dan mencatatkan kutipan sebanyak lebih USD450 juta di seluruh dunia.

BERKAITAN: Disney+ Akan Menayangkan Siri Terbaharu Berdasarkan Filem National Treasure

Walaupun masih belum disahkan yang Nicolas Cage akan kembali dalam filem ketiga itu, kami rasakan sedikit 'kosong' sekiranya watak Benjamin Gates yang dilakonkannya tidak tampil semula, samada secara cameo mahupun untuk barisan pelakon utama. Sama-sama kita nantikan perkembangan terbaharu filem National Treasure 3 ini. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post