Masih lagi 'segar' dengan tayangan 2 episod pertama siri Disney+ Obi-Wan Kenobi, Disney telah mengumumkan pula penghasilan siri animasi bertajuk Star Wars: Young Jedi Adventures. Pengumuman itu dibuat dalam acara Star Wars Celebration 2022 baru-baru ini, dan akan ditayangkan di saluran Disney+ dan Disney Junior pada tahun hadapan.

BERKAITAN: Filem Baharu Star Wars Akan Dihasilkan, Diarahkan Taika Waititi

Star Wars: Young Jedi Adventures memfokuskan kepada watak Younglings — yang merupakan pelatih Jedi muda — yang akan menelusuri perjalanan mereka untuk menjadi pahlawan Jedi. Siri itu akan memperlihatkan Younglings ini mempelajari pengalaman hidup seperti belas kasihan, disiplin diri, semangat berpasukan, kesabaran dan semangat setiakawan. Iana akan disiarkan pada tahun 2023.

Star Wars: Young Jedi Adventures bukan sahaja merupakan siri animasi penuh pertama Star Wars yang mensasarkan kepada golongan penonton muda, malah ianya juga merupakan siri pertama yang mengambil latar di zaman High Republic, iaitu zaman 200 tahun sebelum kejadian dalam trilogi filem prekuel Star Wars.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post