Perkembangan dunia Star Wars nampaknya masih belum menunjukkan tanda-tanda akan reda, apabila projek demi projek dimumkan. Terbaharu, bos di Lucasfilm iaitu Kathleen Kennedy mengesahkan yang filem terbaharu Star Wars akan diarahkan oleh Taika Waititi. Berita ini adalah konsisten dengan berita yang kami telah laporkan sebelum ini pada tahun 2020 dahulu.

BERKAITAN: Sah! Taika Waititi Akan Mengarahkan Filem Terbaharu Star Wars

Perkara tersebut disahkan oleh beliau ketika bercakap dengan potal Total Film, dengan menyatakan yang mereka menjangkakan tarikh tayangan untuk filem baharu Star Wars tersebut dijangka pada penghujung tahun 2023.

Kathleen turut menyentuh tentang masa depan filem-filem Star Wars, dan menyatakan beberapa projek dan perancangan sememangnya telahpun digerakkan. Menurutnya:

Of course, they’ve been in movement all along. As we leave the saga, we have all this great, exciting work happening on the television side that informs so much about where we’re going. We want to be very intentional about that. And we have great talent that we’re working with – people who care so deeply about what the next iteration of Star Wars is and about getting people back into movie theatres, so we can really come out with a bang. That’s important to us … Oh, yes. We need to create a whole new saga. That takes a lot. There’s a lot of conversation around that”.

Taika Waititi tidaklah asing dalam dunia Star Wars, apabila pernah mengarahkan episod dalam siri Disney+ The Mandalorian, selain turut meminjamkan suaranya dalam siri tersebut untuk watak droid IG-11.

BERKAITAN: Selepas The Mandalorian, Taika Waititi Dikaitkan Dengan Projek Khas Filem Star Wars

Selepas filem Star Wars Episode IX: The Rise of Skywalker (2019), seolahnya tidak akan ada lagi perancangan untuk penghasilan filem berkait Star Wars. Namun kemunculan beberapa siri Disney+ berkait Star Wars telah mencetuskan fenomena dan populariti baharu. Adakah percaturan filem baharu Star Wars ini berbaloi ataupun sebaliknya? Sama-sama kita nantikan.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post