Sah! Taika Waititi Akan Mengarahkan Filem Terbaharu Star Wars

Selepas berkongsikan berita ini tidak lama dahulu, akhirnya khabar yang menyatakan Taika Waititi akan mengarahkan filem terbaharu Star Wars kini disahkan benar! Beliau akan bertanggungjawab untuk menggarap lakon layar filem terbaharu Star Wars bersama-sama Krysty Wilson Cairns yang juga merupakan penerima Anugerah BAFTA.



Pengumuman ini merupakan penglibatan terbaharu pengarah filem Thor: Ragnarok itu dalam francais Star Wars, selepas mengarahkan musim pertama siri Disney+ The Mandalorian. Sejak Februari lalu lagi, Taika telah dikaitkan dengan filem terbaharu Star Wars, namun belum ada keputusan rasmi lagi pada masa tersebut. Beliau bagaimanapun ada menyatakan keterujaannya sekiranya berita tersebut terbukti benar.


Filem Thor: Ragnarok arahan Taika Waititi semestinya diingati kerana menonjolkan watak Thor yang tidak selalunya serius sepanjang masa, di samping jalan cerita yang bersahaja dan penggunaan tona warna-warna terang yang menghidupkan persekitaran dunia planet Sakaar yang menjadi latar dalam filem tersebut. 

Apakah pembaharuan yang dapat ditampilkan oleh Taika untuk filem terbaharu Star Wars nanti? Sama-sama kita nantikan. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post