Ron Howard Akan Mengarahkan Filem Thirteen Lives - Kisah Pasukan Bolasepak Thailand Yang Terperangkap Dalam Gua

Portal Variety telah melaporkan yang filem berdasarkan kisah survival pasukan bolasepak Thailand yang terperangkap dalam gua Tham Luang pada 2018 bakal dihasilkan. Studio perfileman MGM dilaporkan telah membeli hak untuk menghasilkan filem tersebut, diberi tajuk Thirteen Lives, dan bakal diarahkan oleh Ron Howard.


Kisah berkenaan berkisar kepada kisah sebenar pada tahun 2018 melibatkan operasi menyelamatkan 12 orang ahli pasukan bolasepak Wild Boars dan seorang pembantu jurulatih, yang terperangkap dalam gua Tham Luang, Thailand akibat hujan monsun yang melanda. Untuk menyelamatkan diri, mereka semua berlindung dalam gua yang sempit, tanpa menyedari paras air yang semakin naik akhirnya menyukarkan mereka untuk keluar. Hampir 2 minggu terperangkap dalam gua berkenaan, barulah mereka berjaya diselamatkan dalam operasi melibatkan 100 penyelam, wakil dari hampir 100 agensi kerajaan, 900 orang pegawai polis dan 2,000 orang anggota tentera.


Pengarahnya, Ron Howard memberikan komen berikut ketika ditanya berkenaan filem tersebut:

“This film is case study in courage and volunteerism — the courage of those who were trapped, of the divers, of the officials and of the locals who all came together to overcome insurmountable odds while the world watched."

Buat masa ini, masih belum ada tarikh tayangan ditetapkan untuk filem Thirteen Lives.

Post a Comment

Previous Post Next Post