Filem Now You See Me 3 Akan Dihasilkan - Berkemungkinan Dengan Barisan Pelakon Asal


Filem pertama Now You See Me menampilkan jalan cerita yang menarik dan mengujakan, yang mengisahkan sekumpulan ahli ilusi yang menggunakan kemahiran mereka untuk 'merompak' dan mengembalikan wang kepada individu tertindas, seperti mana legenda Robin Hood. Selepas filem Now You See Me 2 ditayangkan, kini dilaporkan studio perfileman Lionsgate telah ada pula perancangan untuk menghasilkan filem Now You See Me 3 pula.


Filem Now You See Me 3 dikhabarkan telah dalam perancangan sejak tahun 2015 lagi. Malah, pengarah Jon M. Chu yang mengarahkan filem Now You See Me 2 telah mengumumkan sejak tahun 2016 lagi yang beliau akan kembali untuk mengarahkan filem ketiga tersebut sebelum filem Now You See Me 2 ditayangkan lagi.

Laporan dari portal Screen Rant menyatakan yang Lionsgate merancang untuk menampilkan semula barisan pelakon seperti Jesse Eisenberg, Mark Ruffalo, Daniel Radcliffe, Woody Harrelson, Dave Franco, Isla Fisher dan Lizzy Caplan untuk filem Now You See Me 3 ini. Walau bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada ketetapan rasmi samada mereka akan sah muncul dalam filem ketiga tersebut. 

Buat masa ini, perkembangan terbaharu filem Now You See Me 3 hanya mengesahkan yang Eric Warren Singer telah dipilih untuk menulis skrip untuk filem tersebut. Menurut Nathan Kahane, Presiden Lionsgate Motion Picture Group, beliau menyatakan:

"Eric has always been fascinated with the fine art of deception and illusion in all of its forms and he came to us with a great story that takes the mythology of Now You See Me and pushes The Four Horsemen to a whole new level with our key returning cast and new characters. The Now You See Me franchise has been built on keeping the audience surprised and guessing. Any great magician knows, you can't keep doing the same tricks. And Eric and his team of illusionists have something special up their sleeve for this new film."

Adakah Jon M. Chu masih terlibat sebagai pengarah untuk filem Now You See Me 3 ini? Sama-sama kita nantikan perkembangan terbaharu nanti. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post