Filem G.I. Joe Terbaharu Akan Dihasilkan Selepas Filem Solo Snake Eyes?



Penghujung tahun ini nanti, filem solo Snake Eyes akan kembali membawakan filem G.I. Joe ke layar perak. Walau bagaimanapun, laporan terbaharu kini menyatakan yang Paramount Pictures dan Hasbro Studios semenangnya mempunyai perancangan untuk menghasilkan filem terbaharu G.I. Joe!


Menurut laporan dari The Hollywood Reporter (THR), penulis Joe Shrapnel dan Anna Waterhouse telah dipilih untuk menulis skrip filem terbaharu G.I. Joe. Dikhabarkan filem terbaharu tersebut bukanlah sambungan terus dari filem G.I. Joe terdahulu, sebaliknya merupakan “pengembangan jalan cerita" untuk membawakan penonton lebih memahami dunia G.I. Joe dan semangat yang dibawakan oleh dunia filemnya. Dengan perkembangan terbaharu ini, THR turut melaporkan yang filem solo Snake Eyes kini akan dikenali dengan tajuk Snake Eyes: G.I. Joe Origins.


Pelakon kelahiran Malaysia, Henry Golding, dan Samara Weaving dijangka akan muncul melakonkan watak Snake Eyes dan Scarlett dalam filem terbaharu G.I. Joe ini. Henry akan menyambung wataknya sebagai Snake Eyes dalam filem Snake Eyes: G.I. Joe Origins, manakala Samara pul menyambung wataknya dari filem G.I. Joe: The Rise of Cobra (2009). Di samping itu, filem solo Snake Eyes akan turut menampilkan Andrew Koji sebagai Storm Shadow dan Úrsula Corberó sebagai Baroness, yang turut dijangka membuat kemunculan semula dalam filem terbaharu G.I. Joe ini. 


Filem terakhir dalam francais filem G.I. Joe, iaitu G.I. Joe: Retaliation, telah ditayangkan pada 2013. Walau bagaimanapun, kedua-dua filem Snake Eyes: G.I. Joe Origins dan filem terbaharu yang diumumkan ini merupakan filem reboot penuh dari dua filem G.I. Joe terdahulu.

Snake Eyes: G.I. Joe Origins telah dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 23 Oktober 2020. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post