Apabila seorang tukang masak terkenal tiba-tiba berkongsikan emosi dari orang lain dan menyelami kesedihan dan menangis di dalam restorannya sendiri ketika dipenuhi pelanggan, itulah kemuncak di mana beliau mengimbau kenangan silam disebabkan kehilangan misteri kakaknya. Meninggalkan semua yang dimiliki, beliau kembali ke kampung halangannya, dan secara tak sengaja telah jatuh cinta dengan seorang wanita misteri yang mempunyai rahsianya tersendiri. Itulah yang cuba disampaikan dalam siri terbaharu di Disney+ Hotstar, iaitu Link: Eat, Love, Kill dibintangi oleh Yeo Jin-goo dan Mun Ga-young, dan akan ditayangkan mulai 6 Jun 2022.

Link: Eat, Love, Kill mengisahkan tentang tukang masak bertaraf bintang Michelin, iaitu Eun Gye-hoon yang dikenali ramai dan mengendalikan salah sebuah restoran terkemuka di negaranya. Di sebalik kejayaan yang dikecapinya, Gye-hoon masih tidak dapat melupakan tragedi 18 tahun lalu yang menyebabkan kehilangan kakak kembarnya. Setelah kembali ke kampung halamannya, beliau mendapati dirinya boleh berkongsi emosi dengan seorang wanita misteri bernama Da-hyun, sama seperti mana keupayaan yang dimiliki bersama kakak kembarnya yang hilang 18 tahun dahulu. Link: Eat, Love, Kill bertemakan percintaan, fantasi dan misteri, dan dijangka akan menjadi siri hit terbaharu di saluran Disney+ Hotstar. 

Link: Eat, Love, Kill dibintangi oleh Yeo Jin-goo (sebagai Eun Gye-hoon) dan Mun Ga-young (sebagai Da-hyun), diilhamkan oleh Kwon Gi-young dan Kwon Do-hwan. Link: Eat, Love, Kill diarahkan oleh Hong Jong-chan.

Jangan lupa tonton Link: Eat, Love, Kill di saluran Disney+ Hotstar bermula 6 Jun 2022.



KOMEN ANDA

Previous Post Next Post