Selepas hampir 15 tahun filem National Treasure: Book of Secrets (2007) ditayangkan, pelakon asal dua filem terdahulu, iaitu Justin Bartha secara rasminya akan kembali sebagai Riley Poole dalam satu siri Disney+ berkaitan siri National Treasure

Siri Disney+ National Treasure dibintangi Lisette Alexis (sebagai Jess), Catherine Zeta-Jones (sebagai Billie), Zuri Reed (sebagai Tasha), Lyndon Smith (sebagai Ejen Ross), Jake Austin Walker (sebagai Liam), Antonio Cipriano (sebagai Oren), dan Jordan Rodrigues (sebagai Ethan).

Siri Disney+ National Treasure ini dikelaskan sebagai kesinambungan dari 2 filem National Treasure dibintangi Nicolas Cage, dan mengisahkan tentang:

“Disney+'s National Treasure series is set to explore timely issues of identity, community, historical authorship, and patriotism told from the point of view of Jess Morales, a twenty-year-old DREAMer who, with her diverse group of friends, sets off on the adventure of a lifetime to uncover her mysterious family history and save a lost Pan-American treasure”.

Dua filem terdahulu, iaitu National Treasure (2004) dan National Treasure: Book of Secrets (2007), mengisahkan tentang pencari harta karun, iaitu Benjamin Gates (lakonan Nicholas Cage) yang menjelajah dan mencari artifak dan bahan sejarah penting melalui klu yang disorokkan di monumen-monumen terkemuka di Amerika Syarikat.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post