Selepas tayangan dua filem berdasarkan buku Percy Jackson and the Olympians, iaitu Percy Jackson and the Lightning Thief (2010) dan Percy Jackson: Sea of Monsters (2013), kini siri berkenaan akan dihasilkan untuk siaran di kaca TV pula. Dan dilaporkan yang pemegang watak utama siri tersebut kini telahpun diumumkan!

Pelakon cilik yang sebelum ini muncul dalam filem The Adam Project untuk siaran Netflix, iaitu Walker Scobell telah diumumkan sebagai pemegang watak utama siri Percy Jackson and the Olympians untuk siaran di saluran penstriman Disney+. Sebelum ini, watak Percy Jackson dilakonkan oleh Logan Lerman dalam kedua-dua filem yang diterbitkan oleh studio perfileman 20th Century Fox.

Percy Jackson and the Olympians merupakan koleksi buku karya penulis Rick Riordan, dan Riordan sendiri yang telah mengesahkan pemilihan Scobell sebagai pemegang watak Percy Jackson tersebut mealui laman sesawang miliknya. Namun begitu, masih belum diumumkan lagi siapakah dua pelakon lain yang akan memegang dua lagi watak utama siri buku tersebut, iaitu watak Annabeth Chase dan Grover Underwood.

BERKAITAN: Disney+ Mengarahkan Penghasilan Siri Adaptasi Buku Percy Jackson and the Olympians

Berikut adalah kenyataan daripada Riordan:

“Walker Scobell is an incredibly talented young man who blew us away with his audition tapes for the role of Percy. Many of you recently discovered how great Walker is when you watched his movie The Adam Project, in which Walker lit up the screen as a younger version of Ryan Reynolds’ character. We were fortunate enough to audition Walker months before that movie came out, but the film only confirmed what we already knew about his talent. It was obvious to me and the rest of the team that Walker had the perfect mix of comedic timing, sweetness, rebelliousness, snark, and heroism to embody our hero Percy Jackson”.

Francais buku Percy Jackson bermula pada tahun 2005 dengan buku bertajuk The Lightning Thief, yang menjadi sebutan ramai dan akhirnya menghasilkan 4 buku sambungan, iaitu The Sea of Monsters, The Titan’s Curse, The Battle of the Labyrinth, dan The Last Olympian.

BERKAITANReview Filem The Adam Project (2022) - Ryan Reynolds Kembali Ke Zaman Silam!

Berikut pula ada sinopsis siri Disney+ Percy Jackson and the Olympians:

“The live-action series tells the fantastical story of the titular 12-year-old modern demigod, Percy Jackson, who’s just coming to terms with his newfound supernatural powers when the sky god Zeus accuses him of stealing his master lightning bolt. Now Percy must trek across America to find it and restore order to Olympus”.

Siri Disney+ Percy Jackson and the Olympians akan diarahkan oleh James Bobin, dan berdasarkan buku pertama dari koleksi buku Camp Half-Blood Chronicles karya Riordan.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post