Menurut laporan oleh Film Ratings, filem terbaharu Marvel Studios yang paling ditunggu-tunggu, iaitu Doctor Strange in the Multiverse of Madness secara rasminya telah diberikan penarafan PG-13 oleh Motion Picture Association of America (MPAA) kerana mengandungi "adegan aksi ganas yang berlebihan, paparan imej dan bahasa yang menakutkan". Ianya merupakan filem MCU pertama yang diberikan penarafan PG-13.

Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness dijadualkan untuk tayangan di Malaysia bermula 4 Mei 2022, dan penarafan ini sudah tentunya meningkatkan keterujaan peminat filem Marvel terhadap filem tersebut yang merupakan filem seram pertama dalam MCU. 

BERKAITAN: Berapa Lama Waktu Tayangan Filem Doctor Strange In The Multiverse Of Madness?

Berikut adalah sinopsis rasmi Doctor Strange in the Multiverse of Madness :

“In the film, the MCU unlocks the Multiverse and pushes its boundaries further than ever before. Journey into the unknown with Doctor Strange, who, with the help of mystical allies both old and new, traverses the mind-bending and dangerous alternate realities of the Multiverse to confront a mysterious new adversary.”

BERKAITAN: Poster Dan TV Spot Terbaharu Doctor Strange In The Multiverse Of Madness Diperlihatkan

Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness merupakan filem MCU pertama yang mengetengahkan elemen seram dan mistik, menyaksikan Benedict Cumberbatch kembali melakonkan watak Dr. Stephen Strange. Satu lagi watak besar yang telah disahkan muncul dalam filem ini adalah Scarlet Witch, lakonan Elizabeth Olsen (siri Disney+ WandaVision adalah berkait langsung dengan filem ini). Doctor Strange in the Multiverse of Madness juga akan terkait secara langsung dengan kejadian yang berlaku dalam siri Disney+ Loki dan filem Spider-Man: No Way Home.

Selain itu, Doctor Strange in the Multiverse of Madness turut dibintangi Chiwetel Ejiofor, Benedict Wong dan Rachel McAdams, dan bakal menampilkan buat kali pertamanya di layar perak watak live-action America Chavez yang akan dilakonkan oleh Xochitl Gomez, selain dikhabarkan akan menampilkan Dr. Strange dalam versi berbeza.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post