Legasi filem Jurassic Park diteruskan dalam filem terbaharu, iaitu Jurassic World Dominion yang akan ditayangkan bermula 9 Jun 2022. Kini, Universal Pictures telah memperlihatkan featurette terbaharu Jurassic World Dominion yang boleh ditonton di bawah:

Filem bergenre aksi pengembaraan epik itu dibintangi oleh Chris Pratt, Bryce Dallas Howard, Laura Dern, Jeff Goldblum, Sam Neill, DeWanda Wise, Mamoudou Athie, BD Wong, Omar Sy, Isabella Sermon, Campbell Scott, Justice Smith, Scott Haze, Dichen Lachman dan Daniella Pineda, dan diarahkan oleh Colin Trevorrow.

BERKAITAN: Saksikan Trailer Filem Jurassic World Dominion - Gabungan Pelakon Dari Francais Lama Dan Baharu

Diarahkan Colin Trevorrow, Jurassic World Dominion mengambil latar 4 tahun selepas kemusnahan pulau Isla Nublar. Kini, kesemua dinosaur hidup bersama-sama manusia di seluruh dunia. Kewujudan semula dinosaur di muka bumi yang wujud secara bersama-sama akan menyaksikan era baharu masa depan, di samping menjawab persoalan siapakah 'pemangsa' sebenar di muka bumi!

Jurassic World Dominion merupakan filem terbaharu dari Universal Pictures dan Amblin Entertainment, menampilkan aksi terbaharu, watak-watak dinosaur yang tak pernah dilihat di layar perak, dan kesan khas yang terkini.

Jurassic World Dominion diarahkan oleh Colin Trevorrow, yang sebelum ini turut mengarahkan filem Jurassic World (2015) yang mencatatkan rekod kutipan sebanyak USD1.7 bilion di seluruh dunia. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post