Jun ini, peminat filem akan disajikan dengan filem terbaharu dalam francais filem Jurassic Park, apabila peminat bakal menyaksikan dua generasi bergabung dari era filem Jurassic Park dan yang terkini iaitu Jurassic World. Filem terbaharu, Jurassic World Dominion menemukan barisan pelakon iaitu Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard bersama-sama Laura Dern, Jeff Goldblum dan Sam Neill dalam satu pengembaraan baharu. Saksikan trailer filem Jurassic World Dominion di bawah :




Diarahkan Colin Trevorrow, Jurassic World Dominion mengambil latar 4 tahun selepas kemusnahan pulau Isla Nublar. Kini, kesemua dinosaur hidup bersama-sama manusia di seluruh dunia. Kewujudan semula dinosaur di muka bumi yang wujud secara bersama-sama akan menyaksikan era baharu masa depan, di samping menjawab persoalan siapakah 'pemangsa' sebenar di muka bumi.


Jurassic World Dominion merupakan filem terbaharu dari Universal Pictures dan Amblin Entertainment, menampilkan aksi terbaharu, watak-watak dinosaur yang tak pernah dilihat di layar perak, dan kesan khas yang terkini.


Jurassic World Dominion diarahkan oleh Colin Trevorrow, yang sebelum ini turut mengarahkan filem Jurassic World (2015) yang mencatatkan rekod kutipan sebanyak USD1.7 bilion di seluruh dunia. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post