Satu lagi filem terbaharu mula ditayangkan secara eksklusif di Netflix. Diberi tajuk The Adam Project, filem time travel ini menampilkan Ryan Reynolds sebagai pelakon utama. 


Reynolds melakonkan watak seorang juruterbang yang merentas masa, dan bertembung dengan dirinya sendiri semasa muda, di mana kedua-dua mereka akhirnya berkerjasama dengan dirinya semasa muda untuk menyelamatkan dunia di masa depan. Berikut adalah teaser trailer filem The Adam Project



The Adam Project diarahkan oleh Shawn Levy, dan turut dibintangi barisan pelakon seperti Mark Ruffalo, Jennifer Garner, Walker Scobell, Catherine Keener dan Zoe Saldaña.

The Adam Project telah boleh mula ditonton di Netflix bermula hari ini (11 Mac 2022).

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post