DC baharu sahaja memperlihatkan trailer khas berkenaan filem-filem terbaharu mereka, termasuklah The Batman, Black Adam, The Flash, dan Aquaman and The Lost Kingdom. Pada awalnya, trailer tersebut dijadualkan untuk tayangan pada sesi Super Bowl Ahad ini, namun DC mengambil keputusan untuk mendedahkannya lebih awal. Yang beruntung sudah tentunya para peminat filem, yang dapat melihat sedikit gambaran tentang projek-projek filem terbaharu berdasarkan komik DC. Saksikan trailer khas tersebut di bawah :



BERKAITAN: Saksikan Trailer Pertama Filem The Batman - Menampilkan Robert Pattinson

Walaupun trailer tersebut tidak menunjukkan apa-apa sedutan terbaharu untuk filem The Batman, namun yang paling mencuri perhatian sudah tentunya sedutan dari filem Black Adam lakonan Dwayne Johnson, yang mana trailer tersebut memperlihatkan pandang pertama untuk watak Hawkman, Doctor Fate, Cyclone, dan Atom Smasher, yang membentuk pasukan Justice Society of America yang muncul buat kai pertamanya dalam filem DC.


Beberapa sedutan dari filem The Flash juga turut dapat dilihat, selain suara latar dari Michael Keaton yang menyambung wataknya sebagai Batman dari filem Batman (1989) dan Batman Returns (1992), dan sedutan pendek menampilkan Jason Momoa sebagai Aquaman dalam filem sambungan, Aquaman and the Lost Kingdom.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post