Trailer kedua filem Black Panther: Wakanda Forever baru sahaja diperlihatkan oleh Marvel Studios, beserta poster terbaharu filem tersebut yang dijadualkan untuk tayangan pada 11 November 2022.

Saksikan trailer Black Panther: Wakanda Forever di bawah:

BERKAITAN: Masa Tayangan Filem Black Panther: Wakanda Forever Kedua Terpanjang Dalam MCU!

Selain merupakan tribute terhadap mendiang Chadwick Boseman, trailer terbaharu ini juga memberikan pandangan lebih jelas (dan dengan resolusi lebih terang) tentang watak anti-hero Namor yang lengkap dengan sayap kecil di kakinya! Untuk rekod, Namor yang ditampilkan dalam filem ini sangat hampir dengan versi komik, yang turut mempunyai sayap di kaki yang memberikannya keupayaan untuk terbang, dan pendedahan terdahulu yang mengesahkan Namor adalah merupakan seorang mutant, yang juga konsisten dengan versi komik.


Selain itu, trailer di atas turut memperlihatkan pandangan awal sut Ironheart yang dikenakan Riri Williams, selain pandangan penuh watak baharu yang mengenakan sut Black Panther. Berdasarkan pengamatan kami, tidak syak lagi bahawa Black Panther baharu adalah Shuri!


Sinopsis rasmi filem Black Panther: Wakanda Forever berbunyi seperti berikut:

In the film, Queen Ramonda, Shuri, M’Baku, Okoye, and the Dora Milaje fight to protect their nation from intervening world powers in the wake of King T’Challa’s death. As the Wakandans strive to embrace their next chapter, the heroes must band together with the help of War Dog Nakia and Everett Ross and forge a new path for the kingdom of Wakanda.
Black Panther: Wakanda Forever sekali lagi akan diarahkan oleh Ryan Coogler, dan menampilkan barisan pelakon asal seperti Lupita Nyong’o sebagai Nakia, Angela Bassett sebagai Ramonda, Martin Freeman sebagai Everett K. Ross, Winston Duke sebagai M’Baku, dan Florence Kasumba sebagai Ayo, selain pelakon baharu seperti Tenoch Huerta sebagai Namor, Michaela Coel sebagai Aneka, Mabel Cadena sebagai Namora, dan Alex Livinalli sebagai Attuma.

Black Panther: Wakanda Forever dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 11 November 2022.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post