Universal Pictures dan Nintendo telah memperlihatkan poster pertama filem The Super Mario Bros. Movie yang merupakan kerjasama antara Nintendo dan Illumination. Dikhabarkan yang trailer pertama filem tersebut juga akan ditayangkan pada Khamis ini di acara pembentangan Nintendo Direct.

Filem The Super Mario Bros. Movie dibintangi oleh Chris Pratt (sebagai suara untuk watak Mario), selain turut dibintangi Charlie Day (sebagai Luigi), Anya Taylor-Joy (sebagai Princess Peach), Jack Black (sebagai  Bowser), Keegan-Michael Key (sebagai Toad), Seth Rogen (sebagai Donkey Kong), Kevin Michael Richardson (sebagai Kamek), Fred Armisen (sebagai Cranky Kong), dan Sebastian Maniscalco (sebagai Spike). 

BERKAITAN: 'Teaser Trailer' Filem Super Mario Bros. Akan Diperlihatkan Di Acara New York Comic-Con!

Filem The Super Mario Bros. Movie diarahkan oleh Aaron Horvath dan Michael Jelenic, dan diterbitkan oleh pengasas dan CEO Illumination, Chris Meledandri dan legenda Nintendo, Shigeru Miyamoto.

Filem  The Super Mario Bros. Movie dijadualkan untuk tayangan mulai 7 April 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post