Disney dan Marvel Studios secara rasminya telah mengumumkan penundaan tarikh tayangan filem Deadpool 3.

Filem Deadpool 3 yang pada awalnya dijadualkan untuk tayangan pada 6 September 2024, kini telah ditunda ke 8 November 2024. Filem tersebut menyaksikan kembalinya semula Ryan Reynolds sebagai Deadpool (secara rasmi dalam MCU), selain pengumuman mengejutkan sebelum ini iaitu kemunculan semula Hugh Jackman sebagai Wolverine

BERKAITAN: Wolverine Sah Tampil Dalam Deadpool 3, Dilakonkan Semula Oleh Hugh Jackman!

Deadpool 3 ditulis oleh Rhett Reese dan Paul Wernick, dan akan diarahkan oleh Shawn Levy. Presiden Marvel Studios, Kevin Feige telah mengesahkan yang filem Deadpool 3 akan mengekalkan penarafan R-rated (Restriced) seperti mana dua filem terdahulu. Ini akan menjadikannya filem MCU pertama dengan penarafan berkenaan. Ia juga merupakan filem Deadpool pertama yang akan ditayangkan selepas pengambilalihan studio 20th Century Fox oleh Disney. 

Dua filem Deadpool sebelum ini merupakan filem yang mendapat sambutan ramai di kalangan peminat, mencatatkan kutipan keseluruhan sebanyak lebih USD1.5 bilion di seluruh dunia. Filem Deadpool diarahkan oleh Tim Miller, manakala Deadpool 2 diarahkan oleh David Leitch.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post