Penggambaran siri Disney+ baharu Star Wars, iaitu Ahsoka kini bermula secara rasmi! Dibintangi Rosario Dawson yang memegang watak Jedi terkenal itu, perkara tersebut disahkan sendiri oleh Disney di Twitter rasmi Star Wars seperti di bawah:

BERKAITAN: Mary Elizabeth Winstead Bakal Tampil Dalam Siri Disney+’s Terbaharu, Star Wars: Ahsoka

Rosario Dawson bakal melakonkan watak Jedi bernama Ahsoka Tano dalam siri tersebut, selepas watak itu membuat kemunculan pertama secara live-action dalam satu lagi siri Disney+, iaitu The Mandalorian. Manakala Bordizzo pula melakonkan watak Sabine Wren dari siri animasi Star Wars Rebels.

Watak Ahsoka Tano ditampilkan buat pertama kali dalam filem animasi Clone Wars (2008) yang akhirnya dijadikan siri TV, seterusnya dikembangkan kepada siri-siri lain seperti Star Wars Rebels. Watak berkenaan pada awalnya merupakan padawan kepada Anakin Skywalker dan akhirnya menjadi antara watak yang menjadi kegemaran ramai.

BERKAITAN: Pelakon Ray Stevenson Bakal Muncul Dalam Siri Disney+ Ahsoka

Selain Dawson, Ahsoka dijangka menampilkan semula Hayden Christensen sebagai Anakin Skywalker, berkemungkinan dalam adegan flashback yang akan menunjukkan dinamik perhubungan mereka sebagai mentor dan padawan.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post