Pada 4 Mei yang lalu, Disney+ dan Lucasfilm telah memperlihatkan trailer dan poster terbaharu untuk siri Obi-Wan Kenobi, yang merupakan siri terbaharu di Disney+ mengisahkan tentang Jedi terkenal dari francais Star Wars. Siri tersebut menampilkan semula Ewan McGregor yang menyambung wataknya dari filem-filem terdahulu. 

Saksikan trailer terbaharu Obi-Wan Kenobi di bawah:

BERKAITAN: Akhirnya Trailer Obi-Wan Kenobi Diperlihatkan - Bakal Ditayangkan Di Disney+ Mei Ini

Siri Obi-Wan Kenobi mengambil latar kisah dan kejadian yang berlaku di antara Star Wars: Episodes III - Revenge of the Sith dan Star Wars: Episode IV - A New Hope. Obi-Wan Kenobi telah hidup dalam buangan, manakala Empire pula telah menggunakan apa jua cara untuk mengesan dan menghapuskan saki-baki Jedi yang masih berada di sekitar galaksi. 

Trailer terbaharu ini turut memperlihatkan (walaupun hanya sedikit sahaja) watak penjahat utama yang masih menjadi watak ikonik sehingga kini, iaitu Darth Vader. Untuk siri ini, watak Darth Vader akan kembali dilakonkan oleh Hayden Christensen.

Selain itu, Disney+ dan Lucasfilm turut memperlihatkan poster terbaharu untuk siri Obi-Wan Kenobi yang boleh dilihat di bawah: 

Dua episod pertama siri Obi-Wan Kenobi ini akan ditayangkan di saluran penstriman Disney+ pada 27 Mei 2022, iaitu 2 hari selepas sambutan ulang tahun ke-45 filem Star Wars


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post