HBO telah memperlihatkan trailer untuk siri terbaharu mereka yang merupakan prekuel kepada siri terkenal Game of Thrones, yang bertajuk House of the Dragon. Siri yang ditunggu ramai tersebut dijadualkan untuk distrim di saluran HBO Max bermula 21 Ogos 2022, dan akan terdiri daripada 10 episod. 

Anda boleh saksikan trailer House of the Dragon di bawah:

Siri House of the Dragon adalah berdasarkan karya George R.R. Martin iaitu Fire & Blood, memperincikan kisah tentang kemasyhuran dan kejatuhan keluarga Targaryen, yang merupakan satu-satunya keluarga yang terselamat dari kejadian Doom of Valyria. Ianya mengambil latar 300 tahun sebelum kejadian dalam siri Game of Thrones.

Siri House of the Dragon dibarisi pelakon-pelakon seperti Paddy Considine, Matt Smith, Olivia Cooke, Emma D’Arcy, Rhys Ifans, Steve Toussaint, Eve Best, Sonoya Mizuno, Milly Alcock, Emily Carey, Graham McTavish, Ryan Corr, Jefferson Hall, David Horovitch, Matthew Needham, Bill Patterson, Gavin Spokes, Wil Johnson, John Macmillan, Savannah Steyn, dan Theo Nate.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post