Tarikh tayangan musim kedua siri anime Pacific Rim: The Black yang ditayangkan secara eksklusif di Netflix kini diumumkan. Ianya akan mula bersiaran bermula 19 April 2022.

Pacific Rim: The Black mula disiarkan pada Mac 2021 dengan hanya 7 episod. Siri ini mengisahkan tentang pertembungan antara robot Jaeger dan Kaiju, dan diletakkan dalam dunia dan garis masa yang sama dengan dua filem Pacific Rim sebelum ini. Di masa hadapan, Kaiju telah berevolusi dan memusnahkan hampir keseluruhan Australia. Walaupun dengan adanya Jaeger, akhirnya manusia menemui kegagalan dan akhirnya benua tersebut ditinggalkan dengan hanya sebilangan kecil sahaja manusia yang terselamat. Pasangan adik-beradik, Taylor dan Hayley Travis yang ditinggalkan oleh kedua ibu bapa mereka (yang merupakan pilot Jaeger) telah menemui sebuah robot Jaeger yang ditinggalkan, bernama Atlas Destroyer dan telah menggunakan Jaeger tersebut untuk mencari kedua ibu bapa mereka. Malangnya, mereka berdua terpaksa berhadapan dengan ancaman Kaiju, di samping manusia lain yang cuba merampas Jaeger tersebut daripada mereka. 

BERKAITAN: Trailer Terakhir Pacific Rim: The Black Diperlihatkan, Bakal Ditayang Di Netflix

Berikut adalah sinopsis rasmi Pacific Rim: The Black musim kedua :

“Our brave siblings Taylor and Hayley still hope to reach the safety of Sydney aboard Atlas Destroyer, the scaled-down training Jaeger left behind when Australia was evacuated. With teenage assassin Mei and the mysterious human/kaiju hybrid bOy joining Taylor and Hayley, this makeshift family must cross a dangerous territory controlled by the bloodthirsty cult Sisters of the Kaiju.These zealots, led by the enigmatic High Priestess, are convinced that bOy is their long-awaited Messiah and will stop at nothing to indoctrinate him into their dark circle – something Hayley would sacrifice everything to prevent.”

Filem Pacific Rim (2013) dibintangi Charlie Hunnam, Idris Elba, Rinko Kikuchi, Ron Perlman dan Charlie Day, menampilkan pertarungan antara robot gergasi bergelar Jaeger dengan raksasa digelar Kaiju yang datang dari dunia lain. Sambungan filem itu, Pacific Rim: Uprising (2018) pula menampilkan pelakon seperti John Boyega, Scott Eastwood dan Cailee Spaeny.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post