Pengumuman penghasilan filem adaptasi siri kartun Voltron, robot yang merupakan gabungan 5 robot singa ternyata mengundang beberapa studio perfileman dan saluran penstriman terkemuka. Menurut laporan oleh The Hollywood Reporter, pengarah filem Red Notice, iaitu Rawson Marshall Thurber, dikatakan sedang merancang penghasilan filem adaptasi live-action Voltron, dan antara yang telah menunjukkan minat adalah Warner Bros. Pictures, Universal Pictures, dan Amazon Studios.

Walau bagaimanapun, Netflix yang sebelum ini bekerjasama dengan Thurber dan juga sedang menayangkan siri animasi Voltron: Legendary Defender di saluran tersebut, tidak tersenarai sebagai syarikat yang membida untuk hak penghasilan filem tersebut. 

Filem adaptasi Voltron itu akan diarahkan oleh Thurber, dengan Todd Lieberman dan David Hoberman bertindak sebagai penerbit bersama Bob Koplar (dari World Events Productions) yang merupakan syarikat pemegang hak tayangan untuk francais robot terkenal tersebut.

Francais Voltron adalah diasaskan daripada siri anime mecha Toei Animation bertajuk Beast King GoLion, yang ditayangkan sekitar tahun 1981 hingga 1982 sebanyak 52 episod. Ianya mula terkenal di seluruh dunia apabila diadaptasikan oleh World Events Productions dan dialihbahasakan menjadi sebuah animasi berbahasa Inggeris diberi tajuk Voltron dan ditayangkan antara tahun 1984 hingga 1985 di saluran ABC.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post