Walaupun hanya muncul seketika sahaja dalam filem The Batman, namun kelibat Joker sememangnya menimbulkan keterujaan di kalangan peminat. Kini, satu petikan video yang memaparkan Joker secara lebih lama telahpun didedahkan dan diperlihatkan untuk tontonan umum. Saksikan petikan video tersebut di bawah :

Pendedahan video ini sememangnya menimbulkan tanda tanya, kenapa ianya tidak dimasukkan terus sahaja ke dalam filem The Batman? Adakah ianya sememangnya perancangan dari pihak produksi dan penerbit The Batman untuk menimbulkan keterujaan dan "hype" di kalangan peminat untuk menantikan Joker versi ini dipaparkan di layar perak suatu hari nanti? Watak Joker tersebut dilakonkan oleh Barry Keoghan, yang jelas menunjukkan interaksi Joker dengan Batman.

BERKAITAN: Review Filem The Batman (2022) - Masa Tayangan Hampir 3 Jam, Tapi Kami Layan!

Filem The Batman diarahkan oleh Matt Reeves, menampilkan Robert Pattinson melakonkan watak utama sebagai Bruce Wayne/ Batman. The Batman memfokuskan Batman di tahun keduanya berjuang menentang penjenayah di bandar Gotham, dan memperlihatkan Batman menggunakan kemahiran taktikal dan skil detektifnya untuk menyelesaikan misteri pembunuh bersiri bergelar Riddler.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post