Filem Sully (2016) merupakan sebuah filem biografi arahan Clint Eastwood, yang berdasarkan buku autobiografi Highest Duty hasil karya Kapten Chesley "Sully" Sullenberger dan Jeffrey Zaslow yang diterbitkan pada 2009. Ianya berkisarkan kepada kisah sebenar dialami penulisnya yang berjaya mendaratkan sebuah kapal terbang yang mengalami kerosakan di Sungai Hudson - tanpa melibatkan sebarang kehilangan nyawa. Tom Hanks melakonkan watak utama sebagai Kapten Chesley "Sully" Sullenberger.

Pada Januari 2009, Kapten Sully berjaya melakukan pendaratan cemas untuk penerbangan US Airways, penerbangan 1549 di atas Sungai Hudson akibat mengalami kerosakan enjin, dan berjaya menyelamatkan kesemua 155 penumpang dan anak kapal tanpa sebarang kecederaan serius - dan kejadian tersebut dianggap sebagai satu keajaiban, dan Kapten Sully diangkat sebagai seorang hero dan selebriti. 

Walau bagaimanapun, tindakan tersebut telah mengundang tekanan kepadanya dan Pegawai Pertama Jeff Skiles (lakonan Aaron Eckhart) apabila mereka berdua disiasat oleh pihak berkuasa penerbangan, yang menyatakan data dari pesawat tersebut menyatakan mereka sebenarnya boleh mendaratkan kapal terbang tersebut di dua lapangan terbang berhampiran, iaitu samada di LaGuardia atauTeterboro. Beberapa simulasi berkomputer yang dilakukan pihak berkuasa dengan bantuan syarikat Boeing juga menyatakan mereka berdua membahayakan nyawa kesemua penumpang dan anak kapal apabila mengambil keputusan mendaratkan kapal terbang tersebut di sungai Hudson, meningkatkan risiko kematian penumpang yang lebih tinggi dan mendatangkan masalah lain sekiranya silap perhitungan. Walau bagaimanapun, Sully dan Jeff kekal dengan pendirian dan keputusan yang mereka ambil pada ketika itu, mengambil kira faktor manusia dan elemen di sekitar mereka pada ketika itu. Dapatkah Sully meyakinkan pihak berkuasa dan pasukan penyiasat, lantas menyelamatkan kerjaya juruterbangnya. Boleh saksikan filem Sully di saluran penstriman Netflix. 

RATING SEMBANGFILEM : 4/5 bintang


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post