Netflix telah memperlihatkan trailer kedua dan terakhir untuk siri animasi terbaharu mereka, iaitu Pacific Rim: The Black, yang akan ditayangkan bermula 4 Mac 2021. Saksikan trailer terbaharu Pacific Rim: The Black tersebut di bawah :


BERKAITANTrailer Penuh Anime Pacific Rim: The Black Diperlihatkan, Bakal Ditayangkan Di Netflix

Selain itu, poster watak juga turut diperlihatkan, menampilkan watak utama iaitu Taylor dan Hayley, seperti di bawah :



Latar cerita Pacific Rim: The Black mengambil tempat di Australia, yang menjadi mangsa serangan Kaiju. Dua orang adik-beradik, iaitu Taylor and Hayley, kedua-duanya ditinggalkan ketika operasi pemindahan besar-besaran keseluruhan benua untuk menyelamatkan diri dari serangan Kaiju, kini terpaksa menjaga diri mereka sendiri, selain melaksanakan misi untuk mencari ibu bapa mereka yang telah hilang. Dalam pengembaraan itu, mereka terjumpa dengan sebuah Jaeger usang, dan dengan menggunakan Jaeger usang tersebut, mereka tekad untuk kekal hidup dan mendepani cabaran Kaiju baharu.

Pacific Rim: The Black boleh ditonton di Netflix bermula 4 Mac 2021.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post