Selepas perkongsian oleh pelakon utama seperti Tom Holland, Zendaya dan Jacob Batalon berkenaan kemungkinan tajuk-tajuk yang akan digunakan untuk filem Spider-Man 3, akhirnya laman sesawang rasmi Marvel telah mengesahkan yang filem Spider-Man 3 secara rasminya akan dikenali dengan tajuk Spider-Man: No Way Home


Bukan Spider-Man: Phone Home, Spider-Man: Home-Wrecker, atau Spider-Man: Home Slice, sebaliknya tajuk yang dipilih oleh Marvel adalah Spider-Man: No Way Home. Sebelum ini, beberapa blog berkaitan filem dan juga di media sosial telah heboh tentang tajuk-tajuk yang bakal digunakan untuk filem Spider-Man 3. Tambah menarik apabila berita tersebut dikongsikan pula oleh barisan pelakon Spider-Man 3 seperti Tom Holland, Zendaya dan Jacob Batalon. Untuk mengelakkan kekeliruan berlanjutan, akhirnya Marvel Studios membuka mulut, dan mendedahkan tajuk sebenar yang akan digunakan untuk filem Spider-Man 3.

Untuk rekod, Spider-Man 3: No Way Home telah dijadualkan untuk tayangan pada Disember 2021.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post